SKUAD TASKFORCE GOMBAK

>> CARTA ORGANISASI SKUAD TASKFORCE

Kemukakan masalah anda kepada kami :
admin@anuarku.com - Email Skuad TaskForce

Selasa, 15 April 2008

LAWATAN SUSULAN Y.B DI KAWASAN BANJIR BATU CAVES, SELANGOR.

Lawatan susulan Y.B Senator A. Kohilan Pillay
Bersama Skuad TASKFORCE Parlimen Gombak

Jam 11.00 pagi, Sabtu 12 April 2008





Perjumpaan dengan penduduk ini bertujuan bagi membincangkan langkah-langkah mengatasi Masalah banjir yang telah berlaku di Batu Caves dan di kawasan sekitarnya, seperti Kampung Arab, Kampung Baru Batu Caves. Setiap kali hujan kilat melanda penduduk pasti mengalami 'Trauma' akibat dari tanggungan kerugian perkakasan yang telah rosak kesan dari banjir setinggi 1 meter.



Y.B Senator A. Kohilan Pillay diberikan penerangan oleh wakil pihak penduduk mengenai masalah tersebut, perkara yang dibangkitkan menjadi salah satu punca masalah ini ialah dari segi aspek saliran yang tidak terancang,transformasi pengaliran dan pembentungan perlu diperbetulkan semula. Suatu ketika dahulu, perkara ini pernah menjadi isu kerana mendapat bantahan dari pihak pembangkang semasa pemerintahan Barisan Nasional mengenai isu Pembesaran Sungai Udang,Batu Caves ke saliran Sungai Batu.






Y.B menyatakan penyelesaian perlu dilakukan dengan kadar segera, serta membuat perjumpaan ke meja rundingan dalam masa yang terdekat ini diantara Jabatan Pengaliran & Saliran Selangor (JPS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Penduduk setempat dan agensi-agensi yang berkaitan.





Berikut adalah 'Kronologi' kepada masalah ini:

02 April 2008
Lawatan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri & Skuad TASKFORCE.

12 April 2008
Lawatan susulan Y.B Senator A. Kohilan Pillay & Skuad TASKFORCE.

MATLAMAT PENUBUHAN TASKFORCE


ARAHTUJU

1. Membantu khususnya masyarakat komuniti Batu Caves, Selangor dan amnya kawasan yang memerlukan bantuan.

2. Menjadi saluran aktif SUARA RAKYAT memperjuangkan hak-hak masyarakat komuniti setempat.

3. Merancang dan melaksanakan tanggungjawab sosial.


OBJEKTIF

1. Berusaha meningkatkan taraf sosio Komuniti dan membantu masyarakat yang memerlukan.

2. Mewujudkan kembali 'Modal Insan' didalam kelompok komuniti, selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri.

3. Memastikan matlamat penubuhan Pusat Komuniti ini dapat diteruskan melalui semangat setiakawan untuk generasi kini dan akan datang.

URL Sementara:
www.PusatKomuniti.blogspot.com
www.SkuadTaskForce.blogspot.com

Blogspot Managed by:
www.11.com.my

LAWATAN SUSULAN KAWASAN KEBAKARAN.

LAWATAN SUSULAN KAWASAN KEBAKARAN.

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DITERIMA!

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DITERIMA!

Email Cash Pro Pay For Click

http://www.emailcashpro.com

Pandangan Mengenai Projek Komuniti Ini