SKUAD TASKFORCE GOMBAK

>> CARTA ORGANISASI SKUAD TASKFORCE

Kemukakan masalah anda kepada kami :
admin@anuarku.com - Email Skuad TaskForce

Khamis, 24 April 2008

LAPORAN TERKINI DARI KIRIMAN EMAIL

RUNTUHAN SILING SURAU AL-MUSTAQIM, LEMBAH KERAMAT, HULU KELANG.

Daripada: Saudara Abu Bakar Ibrahim
Email: aimelayu@hotmail.com

Tuan,

Sukacita subjek atas dirujuk
Semalam 22.04.2008 - Jam 02.00 Pagi.

Ekoran dari angin kencang dan hujan lebat yang turun siling Surau Al Mustqim di Jalan AU 5C/8 Lembah Keramat, Hulu Kelang telah runtuh akibat dari limpahan air hujan dari bumbung surau.

Akibat dari runtuhan itu, beberapa siling yang lain, pendawaian letrik dan alat pembesar suara juga turut sama rosak. Untuk lebih jelas sila rujuk attachment, salinan gambar untuk makluman dan tindakan selanjutnya sekiranya perlu.

Sekian dilapurkan. Terima Kasih

Ibrahim Abu Bakar
Wakil Hulu Kelang





Selasa, 15 April 2008

LAWATAN SUSULAN Y.B DI KAWASAN BANJIR BATU CAVES, SELANGOR.

Lawatan susulan Y.B Senator A. Kohilan Pillay
Bersama Skuad TASKFORCE Parlimen Gombak

Jam 11.00 pagi, Sabtu 12 April 2008





Perjumpaan dengan penduduk ini bertujuan bagi membincangkan langkah-langkah mengatasi Masalah banjir yang telah berlaku di Batu Caves dan di kawasan sekitarnya, seperti Kampung Arab, Kampung Baru Batu Caves. Setiap kali hujan kilat melanda penduduk pasti mengalami 'Trauma' akibat dari tanggungan kerugian perkakasan yang telah rosak kesan dari banjir setinggi 1 meter.



Y.B Senator A. Kohilan Pillay diberikan penerangan oleh wakil pihak penduduk mengenai masalah tersebut, perkara yang dibangkitkan menjadi salah satu punca masalah ini ialah dari segi aspek saliran yang tidak terancang,transformasi pengaliran dan pembentungan perlu diperbetulkan semula. Suatu ketika dahulu, perkara ini pernah menjadi isu kerana mendapat bantahan dari pihak pembangkang semasa pemerintahan Barisan Nasional mengenai isu Pembesaran Sungai Udang,Batu Caves ke saliran Sungai Batu.






Y.B menyatakan penyelesaian perlu dilakukan dengan kadar segera, serta membuat perjumpaan ke meja rundingan dalam masa yang terdekat ini diantara Jabatan Pengaliran & Saliran Selangor (JPS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Penduduk setempat dan agensi-agensi yang berkaitan.





Berikut adalah 'Kronologi' kepada masalah ini:

02 April 2008
Lawatan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri & Skuad TASKFORCE.

12 April 2008
Lawatan susulan Y.B Senator A. Kohilan Pillay & Skuad TASKFORCE.

PROGRAM BASMI KEMISKINAN BANDAR BAGI TAHUN 2008.



5 April 2008
Program basmi kemiskinan bandar dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini telah disalurkan kepada Y.B Senator A. Kohilan Pillay. Majlis berlangsung dengan menyampaikan bantuan basmi kemiskinan bagi golongan yang memerlukan, seramai 30 orang telah mendapat bantuan ini. Program ini juga adalah program berterusan bagi memberikan bantuan persekolahan, bantuan pendidikan tinggi dan perubatan buah pinggang.

LAWATAN TAPAK KEBAKARAN KAMPUNG BARU, BATU CAVES.

Lawatan Y.B Senator Kohilan Pillay
Bersama Skuad TASKFORCE Parlimen Gombak

Lawatan bermula jam 10 pagi, Sabtu 12 April 2008
Jalan Bunga Raya 2, Kg.Baru Batu Caves. Selangor.



Kejadian kebakaran ini berlaku pada hari Rabu malam khamis pada jam 3.30 pagi, kediaman ini telah didiami oleh 2 buah keluarga yang telah tinggal di Kg.Baru Batu Caves selama lebih dari 20 tahun. Y.B turut bersimpati keatas kejadian yang telah berlaku.



Yang Berhormat meluangkan masa beliau mendengar luahan penduduk dan Y.B juga cuba sedaya upaya membantu mangsa kebakaran mengikut saluran yang tertentu bagi meringankan bebanan mangsa kebakaran. Punca kebakaran dikenal pasti akibat litar pintas dari pendawaian yang lama.





TEMASYA SUKAN SRJK (T) BATU CAVES.

Temasya Sukan SRJK (Tamil) Batu Caves, Selangor yang ke 47 dirasmikan oleh Y.B Senator Kohilan Pillay pada 05 April 2008. Didalam ucapan Yang Berhormat, beliau menegaskan perlunya setiap peserta yang mengambil bahagian harus mempunyai semangat juang berpasukan, hanya dengan semangat inilah yang boleh membawa kejayaan kepada rumah-rumah sukan yang diwakili. Temasya sukan pada kali telah berlangsung dengan amat meriah sekali berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.





Rabu, 2 April 2008

வீடியோ ரஸ்மி கொமுநிடி

BANJIR KILAT KG ARAB BATU CAVES

1HB APRIL 2008 (SELASA)


BANJIR KILAT KG BARU BATU CAVES

1HB APRIL 2008 (SELASA)

BANJIR KILAT BERPUNCA DARI PEMBENTUNGAN YANG TIDAK TERANCANG.


Masalah banjir ini telah berlaku di Batu Caves dan di kawasan sekitarnya, seperti Kampung Arab, Kampung Baru dan Kampung Laksamana.

Banjir kilat ini juga menjadi begitu kerap sehingga alasan pihak-pihak berkenaan (Pemaju Berhampiran) bahawa banjir disebabkan oleh ‘tindakan Tuhan’ tidak dapat diterima lagi.

Berbagai cara telah dilakukan dengan mengadu kepada pihak yang berwajib seperti Media TV3, Pengurusan Pemaju berhampiran, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Rakyat kini adalah lebih berpendidikan, lebih sedar akan masalah alam sekitar dan juga mendapat maklumat semasa dengan lebih kerap.

Mereka lebih yakin bahawa kejadian banjir kilat ini disebabkan oleh kesilapan manusia dan kegagalan pengurusannya daripada hasil ‘Tuhan’ atau hasil fenomena semula jadi.
Daripada lawatan Skuad Komuniti yang disertai oleh Encik Devan selaku wakil dan setiausaha kepada Yang Berhormat Senator Kohilan Pillay, beliau akan berbincang dengan Yang Berhormat mengenai langkah-langkah yang perlu ditangani dengan kadar segera.


MATLAMAT PENUBUHAN TASKFORCE


ARAHTUJU

1. Membantu khususnya masyarakat komuniti Batu Caves, Selangor dan amnya kawasan yang memerlukan bantuan.

2. Menjadi saluran aktif SUARA RAKYAT memperjuangkan hak-hak masyarakat komuniti setempat.

3. Merancang dan melaksanakan tanggungjawab sosial.


OBJEKTIF

1. Berusaha meningkatkan taraf sosio Komuniti dan membantu masyarakat yang memerlukan.

2. Mewujudkan kembali 'Modal Insan' didalam kelompok komuniti, selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri.

3. Memastikan matlamat penubuhan Pusat Komuniti ini dapat diteruskan melalui semangat setiakawan untuk generasi kini dan akan datang.

URL Sementara:
www.PusatKomuniti.blogspot.com
www.SkuadTaskForce.blogspot.com

Blogspot Managed by:
www.11.com.my

LAWATAN SUSULAN KAWASAN KEBAKARAN.

LAWATAN SUSULAN KAWASAN KEBAKARAN.

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DITERIMA!

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DITERIMA!

Email Cash Pro Pay For Click

http://www.emailcashpro.com

Pandangan Mengenai Projek Komuniti Ini